Pelajar Tingkatan Empat maut, seorang parah insiden langgar lari

Pelajar Tingkatan Empat maut, seorang parah insiden langgar lari

Pelajar Tingkatan Empat maut, seorang parah insiden langgar lari
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut, manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam insiden langgar lari di Kilometer 1.2 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), awal pagi semalam. – Foto ihsan POLIS

SHAH ALAM: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut, manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam insiden langgar lari di Kilometer 1.2 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, remaja lelaki berusia 16 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Shah Alam menghala ke Klang, dipercayai hilang kawalan sebelum tergelincir dan terjatuh di lorong tengah.

Katanya, ketika kejadian, seorang penunggang motosikal lain iaitu lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang kebetulan melalui lokasi sama berhenti untuk membantu mangsa.

“Namun, sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti datang dari arah sama lalu melanggar kedua-dua penunggang motosikal berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru itu maut di lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Penghantar barang pula mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut di zon merah, Jabatan Kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman di talian 017-2836851 bagi membantu siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker