Lelaki menjala ikan jumpa bom perang dunia kedua
Lelaki menjala ikan jumpa bom perang dunia kedua

LAHAD DATU: Seorang lelaki menemui sebutir bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia ketika menjala ikan di tebing Sungai Segama, di sini, pagi tadi.
Bom jenis unexploded ordnance (UXO) Aerial Bomb itu ditemui kira-kira jam 10 pagi sebelum lelaki berusia 52 tahun itu memaklumkannya kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, berkata pemeriksaan awal mendapati bom itu berukuran 30 sentimeter panjang dengan ukur lilit 40 sentimeter dengan berat 226 kilogram.
“Kawasan penemuan dikawal sementara menunggu tindakan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen Sabah bagi tujuan pemusnahan.
“Polis menasihatkan orang ramai tidak menghampiri kawasan terbabit bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.
Lelaki menjala ikan jumpa bom perang dunia kedua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
You must be logged in to post a comment.