Lagi peserta Himpunan RXZ Members 7.0 maut di LPT2

Lagi peserta Himpunan RXZ Members 7.0 maut di LPT2

Lagi peserta Himpunan RXZ Members 7.0 maut di LPT2
Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. – Foto NSTP/Rosli Ilham

DUNGUN: Seorang pemuda yang dalam perjalanan pulang dari Himpunan RXZ Members 7.0 maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 342.9, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) , dekat Hentian Rawat dan Rawat Paka, dekat sini, hari ini.

Kemalangan jam 1.22 tengah hari itu menyebabkan Muhammad Irfan Izzuddin Md Azhli, 20, maut di lokasi kejadian, menjadikannya peserta kelima maut dalam nahas jalan raya.

Mangsa dikatakan berkonvoi bersama 10 rakannya dalam perjalanan pulang ke Segamat, Johor selepas selesai menyertai program terbabit yang diadakan di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus.

Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan terseret di laluan kanan lebuh raya.

Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dipanggil ke tempat kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi, berkata mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media sebelum ini melaporkan empat kes kematian direkodkan akibat kemalangan membabitkan peserta Himpunan RXZ Members 7.0 yang dalam perjalanan ke acara berkenaan.

Lagi peserta Himpunan RXZ Members 7.0 maut di LPT2

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker