Budak 3 tahun antara 3 maut dua kenderaan bertembung di Rompin

Budak 3 tahun antara 3 maut dua kenderaan bertembung di Rompin

Budak 3 tahun antara 3 maut dua kenderaan bertembung di Rompin
Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Rompin, menyebabkan tiga maut dan empat lagi cedera. – Foto ihsan bomba

ROMPIN: Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Muadzam Shah-Bahau, dekat Bukit Serok, hari ini.

Kemalangan membabitkan kereta dinaiki seorang lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki.

Ketika kejadian, kereta terbabit dalam perjalanan dari arah Bahau, Negeri Sembilan menuju Muadzam Shah, manakala pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.46 petang.

“Kemalangan menyebabkan seorang wanita tersepit dalam kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Enam lagi mangsa termasuk pemandu pacuan empat roda dilaporkan cedera akibat nahas itu dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan.

“Bagaimanapun, dua mangsa iaitu seorang wanita berusia 18 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, mengesahkan kejadian, bagaimanapun identiti ketiga-tiga mangsa yang maut belum diperoleh.

“Kita masih menyiasat hubungan semua mangsa dalam kejadian ini termasuk tiga yang maut,” katanya.

Mayat semua mangsa ditempatkan di Hospital Muadzam Shah dan akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk bedah siasat.

Budak 3 tahun antara 3 maut dua kenderaan bertembung di Rompin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker