Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Pada 13 Ogos yang lalu, panel 3 orang hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya, TS Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama-sama Zabariah Mohd. Yusof dan Hanipah Farikullah menolak rayuan Peguam Negara untuk menghalang DS Najib dari mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa kerajaan mengesahkan kewujudan titah adendum.
Untuk rekod, di peringkat Mahkamah Tinggi, hakim Amarjeet Singh telah menolak kebenaran semakan kehakiman.
Namun ketika rayuan dibuat di peringkat Mahkamah Rayuan pada 6 Januari 2025, mahkamah telah memeritahkan agar perbicaraan dibawa semula ke Mahkamah Tinggi.
Pejabat Peguam Negara kemudiannya telah telah memfailkan rayuan semakan kehakiman di peringkat Mahkamah Persekutan.
Mahkamah Persekutan kemudiannya telah sebulat suara menolak rayuan dari Peguam Negara.
Dalam penghakiman Hakim Zabariah, beliau berkata, wujud atau sah titah tersebut hanya boleh ditentukan pada peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
“Buat masa ini, titah tambahan itu wujud dan statusnya, sama ada sah atau benar, perlu dipastikan dalam perbicaraan penuh.”
“Kami tidak menganggap wajar atau adil untuk memberi sebarang pandangan mengenai perkara ini pada peringkat sekarang,” ujar beliau.
Apa Yang Tersirat Dari Keputusan Mahkamah Persekutuan?
Secara nyata dan jelas, Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan kewujudan titah adendum tersebut.
Ini tidak boleh dipertikaikan lagi.
Yang menjadi persoalannya sekarang hanyalah dari sudut teknikal sahaja.
Apabila Mahkamah Persekutuan telah mengesahkannya, maka sudah pasti titah tersebut dikeluarkan oleh Al Sultan Abdullah ketika baginda menjadi YDP Agong.
Adalah mustahil untuk mana-mana individu berani untuk mengeluarkan surat titah tersebut tanpa pengetahuan YDP Agong.
Al Sultan Abdullah adalah raja yang berdaulat yang sah, sama ada dari sudut keturunan baginda atau pun dari sudut perlembagaan.
Titah yang baginda keluarkan ketika menjadi YDP Agong dan menggunakan letter head Istana Negara, wajib dihormati.
Jangan lupa, institusi YDP Agong adalah institusi tertinggi dalam sistem Raja Berpelembagaan.
Perkataan yang sesuai untuk individu yang mengenepikan atau sengaja melengah-lengahkan titah dari YDP Agong adalah derhaka.
Individu yang bertanggungjawab dan yang bersubahat dengan beliau, termasuk yang memberikan arahan mesti diheret ke mahkamah.
Adalah sangat mustahil Ahmad Terrirudin berani bertindak sendirian sebagai mana yang didakwa.
Ini bukan lagi soal DS Najib, tetapi ini adalah soal menderhaka kepada Raja Raja Melayu.
Memanjangkan lagi perbicaraan di mahkamah adalah sama seperti mencabar kuasa Raja Raja Melayu yang dilindungi oleh perlembagaan.
Sekiranya mahkamah bersetuju mengeluarkan perintah mandamus, ianya akan mewujudkan precedent, kuasa Raja Raja Melayu hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat restu mahkamah!!!
Apakah ini yang kita inginkan?
Dan sekiranya mahkamah menolak, satu precedent yang lain akan diwujudkan.
Tidak bersetuju dengan perintah Raja Raja Melayu, maka perintah mahkamah boleh membatalkannya.
Dalam artikata lain, institusi Raja Raja Melayu telah diletakkan di bawah mahkamah.
Belajarlah Dari Sejarah
Ingatlah, orang Melayu memang penyabar, lemah lembut dan sopan.
Tetapi jangan sekali-kali diganggu gugat 2 perkara.
Kesucian agama Islam dan Raja Raja Melayu.
Kesilapan terbesar yang British lakukan hingga terpaksa memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu adalah ketika cuba mewujudkan Malayan Union.
Akibatnya orang Melayu bersatu hati dan bangkit.
Kuasa siapakah yang cuba diganggu gugat oleh British dengan cuba menubuhkan Malayan Union?
Belajarlah dari sejarah kerana sejarah tidak pernah menipu.
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
You must be logged in to post a comment.