Anak bekas PM ditahan, polis jumpa dadah dalam kereta

Anak bekas PM ditahan, polis jumpa dadah dalam kereta

Anak bekas PM ditahan, polis jumpa dadah dalam kereta
Foto hiasan.

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang juga anak bekas Perdana Menteri ditahan polis selepas sejumlah dadah ditemui dalam kereta miliknya di Lebuh Raya Sprint, di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan lelaki berusia lingkungan 20-an itu.

“Ya, saya sahkan (penahanan itu),” katanya tanpa mengulas lanjut ketika dihubungi.

Berdasarkan maklumat, tangkapan itu dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh anggota dan pegawai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sekitar Damansara, dekat sini.

Dalam operasi itu, kereta milik suspek diperiksa dan polis turut menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

Suspek difahamkan turut mempunyai rekod kes lampau berkaitan dadah.

Anak bekas PM ditahan, polis jumpa dadah dalam kereta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker