Polis sahkan terima laporan cubaan culik murid tahun enam di Melaka

Polis sahkan terima laporan cubaan culik murid tahun enam di Melaka

Polis sahkan terima laporan cubaan culik murid tahun enam di Melaka
Foto hiasan

MELAKA: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan cubaan culik seorang murid lelaki berusia 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Bukit Baru di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata laporan dibuat mangsa pada hari kejadian iaitu 15 Ogos lalu.

Beliau berkata, mangsa mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika berbasikal seorang diri untuk pulang ke rumah dari kedai runcit.

“Setakat ini polis masih menyiasat kesahihan perkara ini… jadi saya minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat.

“Pada masa sama masyarakat perlu sentiasa menjaga keselamatan masing-masing,” katanya melalui kenyataan ringkas petang ini.

Terdahulu, tular di media sosial kononnya seorang murid sekolah cuba diculik seorang lelaki dewasa bertopeng menaiki van putih.

Berdasarkan kenyataan tular itu, pihak sekolah mendakwa kanak-kanak itu berjaya lolos dan melaporkan kejadian kepada ibu bapa sebelum membuat laporan polis.

Polis sahkan terima laporan cubaan culik murid tahun enam di Melaka

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker