Imigresen minta bantuan orang ramai kesan ‘Wendy’

Imigresen minta bantuan orang ramai kesan ‘Wendy’

Imigresen minta bantuan orang ramai kesan 'Wendy'

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita warga Myanmar dikenali sebagai Nguyen Thi Nho, 38.

Menurut Imigresen dalam satu kenyataan, wanita yang turut dikenali sebagai ‘Wendy’ itu dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Alamat terakhirnya ialah di Pearl Avenue Kondominium, Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, Kajang, Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dimohon menghubungi Timbalan Penolong Pegawai Penyiasat Imigresen, Mohd Husaini Mohamad, melalui talian 03-88801355/1347 pada waktu pejabat,” katanya.

Menurutnya, orang awam juga boleh menyalurkan maklumat menerusi talian Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu operasi pejabat.

 

Imigresen minta bantuan orang ramai kesan ‘Wendy’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker