Guardiola ‘maafkan’ kesilapan besar Trafford
Guardiola ‘maafkan’ kesilapan besar Trafford

Manchester: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan keputusannya menurunkan penjaga gol muda, James Trafford, semalam, adalah berdasarkan kepada prestasi minggu lalu, sambil menepis spekulasi mengenai kemungkinan perpindahan penjaga gol utama, Ederson.
Trafford, 22, menghadiahkan gol kepada Joao Palhinha selepas kesilapan besar dilakukannya, sekali gus membantu Tottenham Hotspur meraih kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad.
“James bermain baik pada perlawanan pertama. Apabila saya membuat keputusan pada awal musim, khusus untuk penjaga gol, ia adalah posisi istimewa kerana memerlukan lebih konsistensi di gawang.
“Tetapi untuk semua pemain, apabila anda bermain satu atau dua perlawanan, orang ramai terus berfikir, okay, inilah barisan utama sekarang.
“Sedangkan saya sudah belajar sejak bertahun-tahun bahawa sepanjang musim, semua pemain akan mendapat peluang bermain,” kata Guardiola kepada wartawan.
Ederson dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Turki, Galatasaray, manakala media Britain melaporkan City berminat mendapatkan penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Donnarumma.
Namun, kekalahan City kepada Spurs bukan hanya berpunca daripada kesilapan di gawang.
Skuad Guardiola yang tewas lapan daripada 15 pertemuan terakhir menentang Tottenham, gagal menyekat serangan balas lawan dan barisan pertahanan mereka dilihat longgar.
“Kami gagal lakukan perkara asas ketika menguasai bola. Dengan kualiti yang ada, kami kehilangan perkara paling mudah dengan bola.
“Mereka menjaringkan gol kedua pada penghujung separuh masa pertama dan ia menyukarkan keadaan. Kami ada peluang tetapi tidak bertindak balas dengan baik ketika menguasai perlawanan serta memberi tekanan,” katanya.
Guardiola turut memuji cara Spurs dibentuk di bawah pengurus baharu, Thomas Frank.
Guardiola ‘maafkan’ kesilapan besar Trafford
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.