Eze pulang ke pangkuan Arsenal

Eze pulang ke pangkuan Arsenal

Eze pulang ke pangkuan Arsenal
MIKEL Arteta (kiri) bersama Eberechi Eze (tengah) dalam majlis menandatangani bintang baharu kelab itu. FOTO Website Arsenal FC

London: Arsenal akhirnya mengesahkan pembelian Eberechi Eze dari Crystal Palace, sekali gus menyaksikan pemain antarabangsa England itu kembali ke kelab yang membentuknya ketika remaja.

Walaupun nilai perpindahan tidak diumumkan, difahamkan Eze menandatangani kontrak empat tahun dengan jumlah keseluruhan mencecah 68 juta pound (RM418 juta).

Perjanjian itu hadir selepas Arsenal menggagalkan cubaan musuh setempat, Tottenham Hotspur untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.

“Kami amat gembira membawa Eberechi ke Arsenal. Dia pemain yang bertenaga dan mengujakan, mampu beri dimensi baharu dalam corak serangan kami,” kata pengurus The Gunners, Mikel Arteta.

“Selain bakat dan kecerdikan sebagai pemain, apa yang menonjol adalah kerja kerasnya sepanjang karier untuk sampai ke tahap ini.

“Perjalanan, mentaliti dan cita-citanya adalah kualiti yang kami mahu dalam pasukan. Lebih istimewa, penyertaan ini sangat bermakna buat dirinya dan keluarga”.

Arteta menambah, seluruh skuad tidak sabar untuk bekerjasama dengan Eze bagi menghadapi cabaran musim baharu.

Eze pulang ke pangkuan Arsenal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker