Diana Danielle Dedah Sejarah Hitam

Diganggu Sejak Usia 6 Tahun Hingga Dewasa

Diana Danielle Dedah Sejarah Hitam

Diana Danielle Dedah Sejarah Hitam

Pelakon Diana Danielle membuka parut kenangan silam apabila mendedahkan dirinya sering menjadi mangsa gangguan seksual sejak zaman kanak-kanak sehinggalah bergelar pelakon. Menurutnya Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, pernah sekali kejadian berlaku ketika dia berusia sekitar 15 hingga 16 tahun, sewaktu seorang kru produksi menghantarnya pulang selepas tamat penggambaran.

“Waktu itu ibu saya ibu tunggal, jadi dia tak mampu meneman atau ambil saya di set. Seorang kru lelaki menawarkan diri hantar saya pulang. “Bila sampai di lobi, saya nak turun tapi dia halang dengan alasan nak berbual. Tiba-tiba dia letak tangan di paha saya.

“Saya terus tegur dan cakap, jangan sentuh saya. Kalau nak bercakap, biar dengan cara baik, jangan sentuh. Kita mesti ada ketegasan,” katanya menerusi sebuah program audiosiar.

Tambah pelakon Imaginur itu, walaupun ketakutan kerana berada dalam ruang sempit, dia tetap memilih untuk melawan.

“Memang menakutkan sebab berada dalam kereta, apa-apa boleh jadi. Tapi saya marah dan tegas, jadi dia sedar tak boleh buat lebih.

“Saya bangga dengan diri saya kerana mampu pertahankan maruah,” ujarnya.

Lebih memilukan, ibu dua anak itu turut berkongsi pengalaman lebih awal ketika berusia enam tahun apabila diganggu kenalan bapa tirinya.

“Kawan ayah tiri saya sangat mesra, baik dan gemar melayan kanak-kanak. Tapi ada satu ketika dia ambil kesempatan terhadap saya.

“Saya terkaku, kemudian terus lari keluar rumah. Sejak itu saya mula menjauhkan diri daripadanya kerana nampak kelakuannya semakin pelik,” jelasnya.

Diana Danielle Dedah Sejarah Hitam

Ujarnya Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) itu, pengalaman terbabit dipendam bertahun-tahun kerana masih kecil dan tidak mampu berbuat apa-apa.

“Sampai hari ini ibu saya tidak tahu. Saya simpan rahsia ini terlalu lama. Saya tidak pernah salahkan ibu, sebab saya faham keadaan ketika itu.

“Saya cuma mahu tekankan bahawa manusia boleh bertopeng syaitan. Kadang-kadang bukan orang luar, malah keluarga sendiri pun boleh menjadi pemangsa,” dedahnya.

Diana Danielle Dedah Sejarah Hitam

Tidak terhenti dengan kisah zaman hendak mengenal dunia, tahun lalu, Diana pernah menjadi mangsa ugutan rogol daripada seorang individu dalam media sosial ketika mengadakan sesi soal jawab bersama peminat dalam Instagram.

Pertama Kali Sambut Hari Bapa Sebagai Bapa Tunggal, Farid Kamil Luah Rasa Terharu

Individu terbabit berani mati menghantar mesej berbaur ugutan untuk merogol dirinya.

Tidak berdiam diri, Diana bertindak mendedahkan mesej berkenaan dalam Instagram Story dan menuntut individu itu tampil membuat permohonan maaf.

 

Diana Danielle Dedah Sejarah Hitam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker