Bapa ajak anak curi tabung masjid
Bapa ajak anak curi tabung masjid

JAKARTA – Seorang lelaki menerima kecaman orang ramai apabila dirakam mengajak anaknya mencuri dua tabung di sebuah masjid di Palembang, wilayah Sumatera Selatan, lapor portal berita Detik.
Kejadian berlaku di Masjid Miftahul Jannah pada Selasa lalu.
Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian menunjukkan lelaki terbabit meletakkan motosikalnya sebelum masuk ke dalam masjid bersama anaknya sambil membawa guni.
Beberapa minit kemudian, kedua-dua individu itu keluar bersama tabung yang disembunyikan di dalam guni tersebut.
Pengurus masjid, Iwan Safawi berkata, kecurian itu terbongkar apabila seorang jemaah ingin memasukkan duit ke dalam tabung sebelum solat Subuh tetapi ia tidak ditemui.
“Jumlah wang di dalam tabung itu dianggarkan sekitar ratusan ribu rupiah. Kami telah melaporkan kejadian ini kepada polis,” tambah Iwan. – AGENSI
Bapa ajak anak curi tabung masjid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.