Arsenal ‘ajar’ Leeds, Gyokeres mula tunjuk taring

Arsenal ‘ajar’ Leeds, Gyokeres mula tunjuk taring

Arsenal 'ajar' Leeds, Gyokeres mula tunjuk taring
BINTANG baharu Arsenal, Viktor Gyokeres meraikan jaringannya. FOTO AFP

London: Viktor Gyokeres menjaringkan dua gol pertamanya bersama Arsenal ketika The Gunners memberikan Leeds pengajaran pahit mengenai tahap saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 5-0 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Namun, kemenangan itu hadir dengan harga yang mahal buat Mikel Arteta apabila Bukayo Saka dan Martin Odegaard terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hanya lapan hari sebelum perlawanan Arsenal menentang Liverpool.

Arsenal kini berada di tangga teratas liga mengatasi seteru utara London, Tottenham, melalui perbezaan gol, dengan kedua-dua pasukan menjadi satu-satunya yang mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan selepas dua perlawanan pertama.

Arteta diberikan sokongan perbelanjaan sebanyak £260 juta (RM1.48 bilion) untuk membawa masuk tujuh pemain baharu dalam usaha menghadiahkan kejuaraan EPL pertama sejak 2004 selepas tiga tahun berturut-turut menamatkan saingan di tempat kedua.

Pemain terbaharu Arsenal bernilai £60 juta (RM342.6 juta), Eberechi Eze diperkenalkan kepada penyokong sebelum sepak mula dengan sorakan gemuruh selepas menolak tawaran berpindah ke Spurs untuk kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Gyokeres juga membuktikan mengapa dia dibeli daripada Sporting Lisbon sebagai penyelesaian kepada keperluan Arsenal mendapatkan penyerang nombor sembilan berbisa.

Namun, Arteta berkata kecederaan Saka dan Odegaard iaitu hanya beberapa hari selepas Kai Havertz turut disahkan tidak dapat beraksi akibat kecederaan lutut, menunjukkan betapa pentingnya mempunyai skuad yang mantap.

“Kami sudah belajar daripada musim lalu mengenai skuad yang diperlukan sekarang,” kata Arteta.

“Itulah sebabnya kami aktif di pasaran seperti yang dilakukan kerana terlalu banyak perlawanan, apa sahaja boleh berlaku.

“Ia terjadi kepada dua pemain paling penting kami. Kami sudah pun kehilangan Kai, jadi kami akan memerlukan semua pemain berada pada tahap terbaik dan supaya tidak kehilangan pemain lain.” katanya.

 

Arsenal ‘ajar’ Leeds, Gyokeres mula tunjuk taring

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker