Anak lembu selesa tinggal di apartmen

Anak lembu selesa tinggal di apartmen

Anak lembu selesa tinggal di apartmen
SEEKOR anak lembu tinggal bersama Thejaswini di apartmen. – Foto Instagram/Sai Vignesh

NEW DELHI – Seekor anak lembu jantan berusia tiga bulan menjadi perhatian pengguna media sosial kerana tinggal di tingkat 28 sebuah apartmen di Chennai, India, lapor laman berita India Today semalam.

Kisah haiwan bernama Alex itu dirakamkan dalam sebuah video di Instagram sehingga mencuit hati netizen.

Alex telah diselamatkan oleh seorang pereka seni bina, Thejaswini S Rangan, ketika usianya sebulan dan dalam keadaan cedera.

Anak lembu itu dilanggar oleh sebuah kenderaan yang dipandu laju ketika melintas jalan di Neelankarai.

“Kami menemuinya. Kakinya berdarah teruk, belakangnya bengkak. Jadi, kami segera membawanya pulang, memberi rawatan awal, rehat dan perlindungan.

“Kini Alex telah membesar menjadi anak lembu yang hebat,” kata Thejaswini dalam video yang dikongsi oleh penyelamat dan aktivis haiwan, Sai Vignesh. – AGENSI

 

Anak lembu selesa tinggal di apartmen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker