Pengendali Facebook mohon maaf kaitkan Mohd Arifin dengan kematian Zara Qairina
Pengendali Facebook mohon maaf kaitkan Mohd Arifin dengan kematian Zara Qairina

KUALA LUMPUR: Pengendali akaun Facebook ‘Sabahan News Online’ memohon maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif, kerana mengaitkan beliau dengan kes membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Dalam satu hantaran Facebook hari ini, pengendali akaun itu, berkata pihaknya menarik balik segala kenyataan yang mengaitkan nama Mohd Arifin, yang dikatakan menjadi mangsa salah faham selama ini.
“Dengan ini, segala usaha dan cubaan untuk mengaitkan TYT (merujuk kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman) dan sebagainya adalah satu penyesatan dan ia amatlah dikesali.
“Semoga hantaran ini dapat meredakan segala kekusutan dan kemarahan netizen.
“Bapa kepada gadis pembuli dan juga pembunuh ini perlu tampil untuk mengambil tanggungjawab ini kerana telah berdiam seribu bahasa sehingga menjadikan orang lain mangsa kecaman umum!” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Pada 9 Ogos lalu, media melaporkan, Mohd Arifin yang juga menantu kepada Musa, menafikan dakwaan yang mengaitkan anak perempuannya dengan kes kematian Zara Qairina.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu.
Terdahulu, dia dimasukkan ke hospital selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar pada jam 4 pagi, 16 Julai.
Kematian Zara Qairina mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.
Pagi tadi, lima remaja didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudi
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Kesemua remaja berusia bawah 18 tahun itu, yang identiti mereka tidak boleh didedahkan mengikut Akta Kanak-kanak 2001, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, pada prosiding tertutup.
Pengendali Facebook mohon maaf kaitkan Mohd Arifin dengan kematian Zara Qairina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
You must be logged in to post a comment.