Kanak-kanak ditemui lemas di muka sungai Kuala Semerak

Kanak-kanak ditemui lemas di muka sungai Kuala Semerak

Kanak-kanak ditemui lemas di muka sungai Kuala Semerak
Kanak-kanak ditemui lemas di muka sungai Kuala Semerak

PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas di muka kuala Sungai Semerak di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 10 tahun ditemui orang awam sebelum menghubungi pihak polis jam 7.35 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis daripada balai Cherang Ruku dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh bergegas ke lokasi dan menemui mayat di tebing muka kuala sungai berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Ketua Polis Balai Selinsing, Sarjan Mejar Mohd Aizirul Azhari di talian 019-4567181 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh di talian 09-7867222.la kertas siasatan kematian pelajar tahfiz Wan Faris

Kanak-kanak ditemui lemas di muka sungai Kuala Semerak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker