Elak aktiviti riadah air di Lata Pok Sik sementara waktu – PKD
Elak aktiviti riadah air di Lata Pok Sik sementara waktu – PKD

BESUT: Orang ramai dinasihat tidak melakukan sebarang aktiviti air di Lata Pok Sik, Keruak, Hulu Besut, di sini, kerana bimbang terkena jangkitan kencing tikus.
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Besut dalam kenyataan berkata, nasihat itu dikeluarkan susulan kes kematian seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini yang dikatakan berpunca daripada jangkitan kencing tikus (leptospirosis) selepas mandi di sana kira-kira seminggu lalu.
Kenyataan itu memaklumkan virus itu boleh merebak melalui air yang tercemar dengan kencing tikus.
“Mereka yang terlena jangkitan kencing tikus ini akan mengalami simptom demam, sakit kepala, muntah, sakit otot, mata merah atau jaundis,” katanya.
Kenyataan itu turut mengingatkan, orang ramai yang melakukan riadah dan aktiviti air di kawasan rekreasi itu dinasihat segera melakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
“Sekiranya pernah berkunjung ke kawasan tersebut dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini dan mula mengalami simptom, diharap segera hadir ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan,” katanya.
Sementara itu, penduduk Zakaria Ibrahim, 61, berkata, kawasan berkenaan sebelum ini tidak pernah dicemari virus dan selamat untuk melakukan aktiviti air.
Katanya, kes (air kencing tikus) di sungai itu dikatakan kali pertama berlaku dan berkemungkinan ia disebabkan faktor kebersihan kawasan yang tidak terjaga.
“Kawasan Lata Pok Sik ini bukan di bawah mana-mana pihak pengurusan dan sepatutnya orang ramai perlu menjaga kebersihan apabila datang berkelah.
“Selain membersihkan kawasan, mereka perlu membawa pulang sisa-sisa makanan bagi mengelakkan kehadiran binatang liar termasuk tikus.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudi
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Sekiranya tidak dijaga bukan hanya keselamatan orang ramai yang terjejas malah, ia turut merosakkan alam sekitar,” katanya.
Tambahnya lagi, apabila berlaku kes penyakit seperti ini sehingga menyebabkan kematian, ia menjejaskan keyakinan orang ramai untuk berkunjung ke kawasan itu, yang juga destinasi tarikan pelancong dalam dan luar negeri.
Elak aktiviti riadah air di Lata Pok Sik sementara waktu – PKD
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.