Cubaan lelaki miliki 3 rekod lampau larikan diri gagal
Cubaan lelaki miliki 3 rekod lampau larikan diri gagal

KOTA BHARU: Lelaki dengan tiga rekod lampau berkait jenayah dan dadah dicekup pihak berkuasa selepas gagal melarikan diri dengan memandu kenderaan secara berbahaya.
Lelaki berusia 20-an itu cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan bermula dari Tumpat tetapi ditahan di Jalan Sri Cemerlang jam 6.54 petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata, pihaknya menerima maklumat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat mengenai Unit MPV yang mengejar dua kenderaan dan menghala ke daerah ini.
“Kenderaan jenis Mitsubishi Pajero dan Proton Preve itu akhirnya berjaya ditahan di Jalan Sri Cemerlang, di sini jam 6.54 petang.
“Pemandu Mitsubishi Pajero yang berusia lingkungan 20-an berjaya ditahan manakala seorang lagi yang memandu Proton Preve melarikan diri dengan meninggalkan keretanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
“Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan itu menemui sebotol plastik cerah mengandungi cecair keperangan disyaki rebusan ketum serta satu tiub berisi pil kemerahan dipercayai yaba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Wan Ruzailan berkata, hasil semakan yang dibuat mendapati suspek yang ditahan memiliki tiga rekod lampau bersabit jenayah dan dadah.
Menurutnya lagi, pemeriksaan nombor chasis pada Proton Preve mendapati ia adalah palsu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.
Cubaan lelaki miliki 3 rekod lampau larikan diri gagal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.