Remaja perempuan jual kekasih kepada sindiket ‘scammer’
Remaja perempuan jual kekasih kepada sindiket ‘scammer’

BEIJING – Seorang remaja lelaki dari wilayah Guangdong, China mendakwa bahawa dia dikhianati dan dijual oleh teman wanitanya yang berusia 17 tahun, lapor laman berita MS News hari ini.
Mangsa yang berusia 19 tahun, dilaporkan dijual kepada sindiket penipuan telekomunikasi di Myanmar dengan harga 100,000 yuan (RM59,000).
Menurut keterangan keluarganya, mangsa dengan nama samaran Xiao Huang bertemu dengan teman wanitanya, Xiao Zhou, di sebuah pusat biliard pada tahun 2024.
Zhou dilaporkan sering menunjukkan barangan berjenama miliknya dan mendakwa bahawa keluarganya memiliki perniagaan di Myanmar.
Remaja perempuan itu berjaya meyakinkan mangsa untuk bekerja di sana, lapor media Hong Kong, Sing Tao Daily.
Pada Februari lalu, mangsa secara rahsia mengikut Zhou ke Bangkok.
Namun, di sempadan Thailand-Myanmar, dia mendakwa ditinggalkan oleh Zhou dan diserahkan kepada sekumpulan lelaki bersenjata yang merampas pasport serta telefonnya.
Di dalam kem tersebut, mangsa dipaksa bekerja syif selama 16 hingga 20 jam sehari, menyebabkan dia kehilangan banyak berat badan dan mengalami kerosakan pendengaran akibat serangan berulang kali.
Mangsa dikurung selama empat bulan, lapor media China, Southcn.
Akhirnya, keluarga mangsa berjaya mengusahakan pembebasannya pada Jun lalu dengan bantuan Dewan Perniagaan Chaozhou-Shantou.
Mereka dilaporkan membayar wang tebusan sebanyak 350,000 yuan (RM206,000).
Sementara itu, Zhou yang kemudiannya kembali ke China telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu. – AGENSI
Remaja perempuan jual kekasih kepada sindiket ‘scammer’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.