Isak dakwa Newcastle mungkir janji, keliru penyokong

Isak dakwa Newcastle mungkir janji, keliru penyokong

Isak dakwa Newcastle mungkir janji, keliru penyokong
ALEXANDER Isak mahu berpindah ke Liverpool. FOTO REUTERS

Liverpool: Alexander Isak mendakwa Newcastle United memungkiri janji dan mengelirukan penyokong menerusi kenyataan di media sosial miliknya, sekali gus mengesahkan hasratnya untuk meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Penyerang berusia 25 tahun itu berkata, dia sudah lama memaklumkan kepada Newcastle mengenai keinginannya untuk berpindah.

“Apabila janji dimungkiri dan kepercayaan hilang, hubungan tidak boleh diteruskan. Perubahan adalah untuk kebaikan semua pihak, bukan hanya diri saya.” tulisnya di Instagram Story.

Newcastle setakat ini belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan komen.

Namun, Isak memilih untuk tidak menghadiri majlis itu berikutan isu berlarutan mengenai masa depannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

“Saya berdiam diri sejak sekian lama ketika orang lain bersuara. Kesunyian ini membolehkan mereka menyebarkan versi cerita masing-masing walaupun mereka tahu ia tidak menggambarkan apa yang benar-benar diperkatakan dan dipersetujui secara tertutup.

“Realitinya ialah janji sudah dibuat dan kelab sudah lama mengetahui pendirian saya. Bertindak seolah-olah isu ini baru timbul adalah sesuatu yang mengelirukan,” katanya lagi.

Isak tidak diturunkan ketika Newcastle seri tanpa jaringan menentang Aston Villa pada Sabtu lalu, dan skuad bimbingan Eddie Howe itu bakal menentang juara bertahan Liverpool, Selasa ini.

 

Isak dakwa Newcastle mungkir janji, keliru penyokong

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker