Wanita terjun dari kenderaan bergerak, saksi diminta tampil buat laporan

Wanita terjun dari kenderaan bergerak, saksi diminta tampil buat laporan

Wanita terjun dari kenderaan bergerak, saksi diminta tampil buat laporan
Tangkap layar kejadian wanita terjun dari kenderaan bergerak di Lebuhraya Sprint. – Foto NSTP/MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR: Polis meminta saksi kejadian seorang wanita terjun dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), yang tular di media sosial tampil membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, semakan polis mendapati video berdurasi 14 saat mengenai kejadian berkenaan dimuat naik melalui aplikasi Facebook menggunakan akaun Lion Wong.

“Rakaman itu menunjukkan seorang wanita membuka pintu dari sebuah kenderaan dan terjun keluar ketika kenderaan itu sedang bergerak laju di lorong kedua lebuh raya.

“Wanita itu kemudian bergolek di atas jalan raya dan hampir dilanggar beberapa kenderaan yang berada di belakang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau terbabit dalam kejadian diminta tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-21159999, selain mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Wanita terjun dari kenderaan bergerak, saksi diminta tampil buat laporan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker