Rumah jadi stor simpan ganja, lima lelaki ditahan
Rumah jadi stor simpan ganja, lima lelaki ditahan

GEORGETOWN: Serbuan polis di sebuah kediaman di sini, membongkar kegiatan lima lelaki yang menjadikan dua rumah sebagai stor penyimpanan ganja bernilai RM142,600.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, berkata serbuan dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, bermula 10 malam Jumaat lalu hingga 7 pagi Sabtu.
Katanya, pemeriksaan menemukan dadah dalam dua kediaman dan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard.
“Polis menemukan masing-masing 30 dan 16 ketulan mampat tumbuhan kering ganja, setiap satu seberat 30 kilogram dan 16 kilogram di dua lokasi itu.
Azizee berkata, dadah dirampas boleh digunakan 92,000 penagih jika terlepas di pasaran.
Katanya, ujian saringan air kencing terhadap suspek berusia antara 38 hingga 56 tahun itu mendapati semuanya positif dadah.
“Dua daripada mereka mempunyai rekod lampau kesalahan dadah dan semuanya direman tujuh hari sehingga 22 Ogos,” katanya.
Azizee berkata, tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, yang mana Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang menyita dua kereta jenis Perodua Bezza dan Honda Accord.
Katanya, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM189,600.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Rumah jadi stor simpan ganja, lima lelaki ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.