Polis tahan 6 lelaki disyaki merusuh guna senjata di kelab malam

Polis tahan 6 lelaki disyaki merusuh guna senjata di kelab malam

Polis tahan 6 lelaki disyaki merusuh guna senjata di kelab malam
Tangkap layar video tular di media sosial

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian merusuh menggunakan senjata sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki lain di sebuah kelab malam di ibu negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata penahanan itu dibuat susulan laporan yang diterima daripada seorang lelaki berusia 29 tahun pada jam 9.33 pagi semalam.

Beliau berkata, lelaki itu mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali ketika berjalan keluar dari sebuah kelab malam sehingga mengalami kecederaan di belakang badan.

“Bertindak atas maklumat, enam suspek berumur 25 hingga 29 tahun yang terbabit dalam kes itu ditahan dan kesemua mereka direman empat hari hingga 21 Ogos ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-2297 9222 atau balai polis berdekatan.

Polis tahan 6 lelaki disyaki merusuh guna senjata di kelab malam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker