Penyokong Liverpool hina Semenyo dilarang masuk semua stadium UK
Penyokong Liverpool hina Semenyo dilarang masuk semua stadium UK

Liverpool: Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan berbaur perkauman terhadap penyerang Bournemouth, Antoine Semenyo, ketika aksi pembukaan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) dikenakan larangan daripada memasuki semua stadium bola sepak di United Kingdom (UK).
Perlawanan menentang Liverpool di Anfield, Jumaat lalu terhenti seketika pada babak pertama selepas Semenyo melaporkan insiden itu kepada pengadil.
Sebagai sebahagian daripada syarat jaminan, dia dilarang menghadiri mana-mana perlawanan bola sepak rasmi di UK, dan tidak dibenarkan berada dalam lingkungan satu batu dari mana-mana stadium bola sepak.
Siasatan polis mengenai insiden berkenaan masih berjalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Semenyo, pemain antarabangsa Ghana berusia 25 tahun itu menjaringkan dua gol ketika Bournemouth bangkit daripada ketinggalan dua gol, namun Liverpool akhirnya menang 4-2.
Semenyo menulis di media sosial bahawa malam di Anfield itu akan kekal dalam ingatannya ‘kerana bagaimana seluruh keluarga bola sepak berdiri bersama’.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, pemain dan penyokong Liverpool, serta pegawai EPL yang mengendalikan situasi itu secara profesional.
Penyokong Liverpool hina Semenyo dilarang masuk semua stadium UK
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.