Pengasuh, suami ditahan kanak-kanak dua tahun cedera dipercayai didera
Pengasuh, suami ditahan kanak-kanak dua tahun cedera dipercayai didera

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang kanak-kanak lelaki cedera dipercayai didera dalam kejadian, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pengasuh wanita berusia 37 tahun dan suaminya iaitu jurujual berusia 40 tahun direman tiga hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut.
Katanya, polis menerima maklumat berkaitan kejadian itu daripada ibu mangsa pada jam 12 tengah malam, Jumaat lalu.
“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu dihantar ke rumah pengasuh pada jam 10 pagi, Khamis lalu di sebuah pangsapuri di Seksyen 16.
“Namun, pada jam 9.30 malam, kanak-kanak itu dihantar oleh pengasuh di rumahnya dalam keadaan mempunyai kesan lebam di muka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
“Ibu kanak-kanak itu kemudian bertanya kepada pengasuh punca anaknya mempunyai kesan lebam di muka dan pada mulanya pengasuh menyatakan anaknya bergaduh dengan mangsa.
“Namun, ibu kanak-kanak itu ragu dengan penjelasan pengasuh dan mahu membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kanak-kanak berkenaan kemudian mendapat rawatan di Hospital Shah Alam dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan ‘Alleged Assaulted Sustained Soft Tissue Injury’ di muka.
Jelasnya, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 11.22 malam semalam, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam membuat tangkapan ke atas pasangan suami isteri pengasuh di Pangsapuri di Seksyen 16.
“Ujian saringan awal air kencing mendapati keduanya negatif dari sebarang dadah dan mereka berdua juga tiada sebarang rekod lampau.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak yang membawa hukuman apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Khamsia Hung Mei Shuang, Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Shah Alam di talian 016-8119560,” katanya.
Kejadian itu turut tular di platform media sosial Facebook yang kini mendapat 1,500 tanda ‘like’ dan dikongsikan 3,600.
Pengasuh, suami ditahan kanak-kanak dua tahun cedera dipercayai didera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.