Kelantan TRW lulus ujian pertama, benam KL City FC 3-1
Kelantan TRW lulus ujian pertama, benam KL City FC 3-1

Kota Bharu: Kelantan The Real Warriors (KTRW) lulus ujian pertama apabila menundukkan Kuala Lumpur City FC 3-1 dalam aksi pertama pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu, sebentar tadi.
Terlebih dahulu KTRW membolos gawang lawan sebanyak dua kali menerusi sepakan kapten pasukan, Ifedayo Olusegun di minit ke empat dan 13.
KL City cuba merapatkan kedudukan namun sepakan percuma disia-siakan Paulo Joshue apabila bola tersasar ke gawang gol minit ke 21.
Kedua pasukan cuba mencari gol namun keputusan 2-0 kekal hingga babak kedua permainan.
KTRW sekali lagi menceriakan 1,420 penyokong di stadium apabila Sean Selvaraj meledakkan gol ketiga minit ke 62
Berselang empat minit, KL City membuat tiga pertukaran pemain serentak dengan mengeluarkan Paulo Joshue, Fazrul Amir dan Kenny Pellraj.
Ketiga mereka digantikan import berpengalaman Kpah Sherman, Enzo Gonzalo dan Syamer Kutty.
Percaturan itu tampak berjaya apabila pemain gantian, Syamer Kutty mengambil peluang sepakan lemah Alexander Youle untuk meledak gol pertama KL City minit ke 86.
Kegagalan Muhamad Safawi Rasid menyempurnakan penalti minit akhir perlawanan menoktahkan kemenangan buat KTRW.
Keputusan 3-1 membolehkan anak buah E Elavarasan membawa bekal dua gol dalam aksi timbal balik di tempat lawan dalam aksi kedua, September ini.
Kelantan TRW lulus ujian pertama, benam KL City FC 3-1
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.