‘Ibu rayu, timbullah sayang’, rayuan sebelum jasad Nik Zariff ditemui

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira 700 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian,” katanya.

Sementara itu, ibu Nik Zariff, Yusliza Jusoh, 45, berkata biarpun sedih, dia sangat gembira selepas Allah memakbulkan doanya dengan jasad anaknya timbul di permukaan sungai.

“Baliklah sayang, lihatlah air mata ibu… ibu rayu timbullah sayang. Ya Allah inilah rayuanku, Kau dengarlah permintaanku ini,” rayuan terakhir Yusliza sejurus sebelum mayat anaknya ditemui pasukan penyelamat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Saya dan suami (Nik Sulaiman Nik Ismail, 48) turun ke tempat kejadian kira-kira jam 7 pagi, kami berdua duduk di tepi sungai.

“Saya sapukan air mata dengan tangan dan meletakkan air mata saya ke dalam sungai, saya tak putus-putus berdoa dan merayu,” katanya.

Katanya, ketika membuat pengecaman mayat, dia mendapati wajah anaknya itu sangat bersih seolah-olah anaknya sedang tidur.

“Alhamdulillah lega hati saya dapat menemui dia buat kali terakhir. Walaupun dia tidak mampu berkata-kata, saya dapat mencium dan mengusap wajahnya.

“Dia bukan anak yang memberontak, dia anak yang sangat baik dan patuh kepada ibu bapa. Ini suratan takdir dan panggilan Ilahi, dia turun mandi di sungai itu dan akhirnya lemas.

“Dia anak syurga, dia akan mendoakan kami dan saya akan bertemunya semula di sana,” katanya.

Katanya, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang Dungun.

“Saya akan kebumikan anak bersebelahan dengan kubur ayah saya (Jusoh Abdul Aziz) yang meninggal tiga tahun lalu,” katanya.

 

‘Ibu rayu, timbullah sayang’, rayuan sebelum jasad Nik Zariff ditemui


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker