Guirassy selamatkan Dortmund di Essen

Guirassy selamatkan Dortmund di Essen

Guirassy selamatkan Dortmund di Essen
GUIRASSY (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP

Essen: Borussia Dortmund berhempas pulas sebelum gol cantik Serhou Guirassy pada minit ke-79 memastikan mereka menang tipis 1-0 ke atas kelab divisyen tiga, Rot Weiss Essen, sekali gus mara ke pusingan kedua Piala Jerman, awal pagi tadi.

Dalam aksi pembukaan kompetitif musim baharu itu, Dortmund bergelut menembusi benteng kental tuan rumah yang bekerja keras menutup setiap ruang serangan pelawat.

Essen hampir melakukan kejutan pada minit ke-41, namun penjaga gol Dortmund, Gregor Kobel pantas menafikan percubaan dekat Romien Safi.

Memasuki babak kedua, Essen kekal berani dengan disiplin bertahan sambil sesekali melancarkan serangan balas.

Namun mereka akhirnya akur apabila Guirassy dari Guinea berjaya melepasi dua pertahanan sebelum melepaskan rembatan kencang rendah yang menewaskan penjaga gol pada minit ke-79.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?


Dortmund yang akan membuka saingan Bundesliga menentang St Pauli hujung minggu ini, bertahan cemas sehingga wisel penamat biarpun diasak hebat oleh tuan rumah.

Bagaimanapun kemenangan itu turut dibayangi kecederaan pertahanan, Yan Couto yang mengalami insiden terjahan keras oleh Kelsey Owusu pada masa kecederaan babak kedua.

 

Guirassy selamatkan Dortmund di Essen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker