Dua maut dirempuh ketika van kehabisan minyak berhenti di tepi jalan
Dua maut dirempuh ketika van kehabisan minyak berhenti di tepi jalan

GERIK: Dua lelaki maut akibat dilanggar sebuah kereta ketika sedang mengisi minyak di bahu jalan susulan van dinaiki mereka kehabisan minyak di Kilometer 84.6 Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Tanjung Rambai, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam Ahad itu, mangsa Muhammad Ahyad Mohamad Daud yang menaiki van jenis Nissan C22 Vanette meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu van, Mohd Rozman Ghazali, 45, disahkan meninggal dunia di Hospital Gerik.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman, berkata nahas itu membabitkan tiga kenderaan iaitu van dinaiki dua mangsa itu bersama dua kereta masing-masing Proton Wira dipandu remaja lelaki berusia 19 tahun dan Proton Preve dipandu lelaki warga emas berusia 60 tahun.
Katanya, siasatan mendapati van dinaiki dua mangsa yang maut itu bersama seorang lagi penumpang berusia 30 tahun berhenti di bahu jalan dari arah Kuala Kangsar menghala Gerik kerana kehabisan minyak, sebelum kedua-dua mereka dirempuh Proton Wira dari arah sama ketika sedang mengisi minyak.
“Ketika pemandu van dan seorang penumpangnya berada di tepi jalan sebelah kanan untuk mengisi minyak, datang Proton Wira dari arah sama mengelak ke kiri dan hampir melanggar sebuah Proton Preve yang berada di hadapannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
“Pemandu Proton Wira yang mengelak ke kiri daripada melanggar Proton Preve itu kemudiannya merempuh sebuah van serta dua lelaki (mangsa) yang sedang mengisi minyak pada ketika itu,” katanya dalam kenyataan selepas dihubungi hari ini.
“Rempuhan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa terbabit cedera parah. Seorang disahkan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dua maut dirempuh ketika van kehabisan minyak berhenti di tepi jalan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.