Budak 10 tahun panjat tiang betulkan bendera

Budak 10 tahun panjat tiang betulkan bendera

Budak 10 tahun panjat tiang betulkan bendera

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di Lampung Selatan, wilayah Lampung menjadi perhatian ramai apabila memanjat tiang setinggi 12 meter untuk membetulkan bendera yang tersangkut, lapor portal berita Tribunnews.

Kejadian dirakam semasa upacara menaikkan bendera sempena Hari Kemerdekaan Indonesia ke-80 di Lapangan Merpati semalam.

Rakaman di platform Instagram oleh akaun @fakta.indo menunjukkan kanak-kanak dikenali sebagai Raihan itu memanjat sebatang tiang yang tinggi sambil memakai uniform sekolah.

Dia bukan sahaja berkaki ayam, malah tidak memakai sebarang peralatan keselamatan.

Selepas berada di hujung tiang, Raihan segera membetulkan posisi bendera dan memastikan ia berkibar sebelum turun ke bawah.

Rakaman itu mencatatkan lebih 278,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.

“Setiap tahun ada yang kena panjat tiang bendera,” kata seorang netizen.

Budak 10 tahun panjat tiang betulkan bendera

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker