Bournemouth Ikat Ben Doak RM119 juta Dari Liverpool

Bournemouth Ikat Ben Doak RM119 juta Dari Liverpool

Bournemouth Ikat Ben Doak RM119 juta Dari Liverpool
DOAK kini milik Bournemouth. -FOTO AFP

London: Bournemouth bersetuju mendapatkan khidmat pemain sayap Liverpool, Ben Doak dengan yuran perpindahan awal £20 juta (RM119 juta) serta tambahan £5 juta (RM29.7 juta) menerusi klausa tambahan.

Pemain berusia 19 tahun itu dijangka melengkapkan perpindahan ke pantai selatan dalam tempoh 24 jam, bergantung kepada urusan dokumentasi dan ujian perubatan.

Doak tidak diturunkan ketika Liverpool menewaskan Bournemouth 4-2 di Anfield, Jumaat lalu, berikutan rundingan yang masih berjalan antara kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Namun, Bournemouth akhirnya berjaya mendapatkan pemain yang sudah beraksi enam kali bersama skuad kebangsaan Scotland itu. Musim lalu, dia dipinjamkan ke Middlesbrough dalam saingan Kejuaraan dan mencatat tiga gol serta tujuh bantuan jaringan dalam 24 perlawanan.

Difahamkan, Bournemouth berjaya menewaskan minat kelab EPL yang lain termasuk Leeds, selain gergasi Portugal, Porto.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Perpindahan ini dijangka membuka lebih banyak ruang buat Doak beraksi dalam kesebelasan utama selepas hanya tampil 10 kali bersama Liverpool sejak menyertai kelab itu dari Celtic pada 2022.

Langkah berkenaan turut menyaksikan jumlah jualan Liverpool mencecah sekitar £200 juta (RM1.19 bilion) musim panas ini, selepas membelanjakan lebih £270 juta (RM1.6 bilion) untuk membawa masuk pemain baharu selain bidaan £110 juta (RM654 juta) bagi mendapatkan Alexander Isak ditolak Newcastle.

Antara jualan utama Liverpool termasuk Luis Diaz ke Bayern Munich dengan nilai £65.5 juta (RM389.7 juta), Darwin Nunez ke Al-Hilal bernilai £46.3 juta (RM275.8 juta) dan pemain akademi, Jarrell Quansah ke Bayer Leverkusen dengan harga £35 juta (RM208.2 juta).

Liverpool turut menjual Caoimhin Kelleher, Tyler Morton dan Nat Phillips, manakala mereka menerima £8.4 juta (RM50 juta) daripada Real Madrid bagi menamatkan kontrak Trent Alexander-Arnold lebih awal, meskipun angka itu dipertikaikan kelab Sepanyol berkenaan.

Jualan Doak dijangka menyumbang kira-kira £85 juta (RM505 juta) hasil yuran awal bersama Phillips, Alexander-Arnold, Kelleher, Quansah dan Morton. Keenam-enam pemain ini pada asalnya dibeli sebagai projek pembangunan dengan kos awal hanya £600,000 (RM3.6 juta), sekali gus memberi keuntungan segera kepada Liverpool mengikut kiraan Peraturan Keuntungan dan Kelestarian (PSR).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Bournemouth juga sibuk pada jendela perpindahan kali ini apabila menjual Dango Ouattara kepada Brentford dengan harga £42.5 juta (RM252.7 juta) minggu lalu.

Mereka turut kehilangan benteng pertahanan Illia Zabarnyi, Dean Huijsen dan Milos Kerkez yang dijual dengan jumlah keseluruhan sekitar £150 juta (RM892 juta) kepada Paris Saint-Germain, Real Madrid dan Liverpool.

Bournemouth Ikat Ben Doak RM119 juta Dari Liverpool


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker