Ambulans mahal, jenazah dibawa naik motosikal roda tiga

Ambulans mahal, jenazah dibawa naik motosikal roda tiga

Ambulans mahal, jenazah dibawa naik motosikal roda tiga
Tangkap layar menunjukkan dua lelaki membawa jenazah menggunakan motosikal roda tiga. – Instagram

JAKARTA – Beberapa individu di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana membawa jenazah ke tanah perkuburan dengan menaiki motosikal roda tiga, lapor portal berita Suara semalam.

Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @tante.rempong.official memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil membawa jenazah.

Selain ditutup dengan kain, jenazah itu dibaringkan beralaskan tilam kecil.

Menurut laporan, mereka terpaksa berbuat sedemikian selepas keluarga si mati tidak mampu menampung kos ambulans.

Rakaman video itu mencatatkan lebih 2,700 tanda suka dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Merdeka sudah 80 kali tapi masih ramai yang alami keadaan seperti ini,” kata seorang netizen. – AGENSI

Ambulans mahal, jenazah dibawa naik motosikal roda tiga

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker