Along Cham Dakwa Difitnah Isteri

Kes Taklik 8 Bulan Belum Tamat Netizen Tetap Kecam

Along Cham Dakwa Difitnah Isteri

Along Cham Dakwa Difitnah Isteri

Kes pengesahan taklik pelawak terkenal, Along Cham masih berlarutan dan belum menemui noktah. Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mengakui terpaksa berdepan kecaman hebat daripada netizen yang tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik kemelut rumah tangganya dengan isteri, Afreena Suhaimi. Menurutnya, keadaan itu berpunca daripada kenyataan wanita berkenaan yang sering mengundang salah faham orang luar terhadap dirinya.

Along Cham Dakwa Difitnah Isteri

“Mental setakat ini tidaklah terganggu sangat sebab saya di pihak yang benar. Cuma mulut netizen sampai libatkan keluarga. Kerja pun pada saya tidak terjejas. Namalah (buruk), biasalah bab kes cerai kalau tak dapat cerita sebenar, lelaki akan kena ‘A to Z’,” katanya. Along turut menjelaskan bahawa sepanjang proses mahkamah berlangsung, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan peribadi kepada mana-mana pihak media kerana memilih untuk merujuk peguam terlebih dahulu. Segala yang diketahui umum hanyalah berdasarkan apa yang dibentangkan di dalam mahkamah.

Along Cham Dakwa Difitnah Isteri

Pelawak itu ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi prosiding pengesahan lafaz taklik. Along hadir ditemani peguamnya, Muhammad Akmal Amzan, ibu tercinta Siti Habsah Kadir, 64, anak tunggalnya Ahmad Daniel, 14, serta seorang saudara terdekat. Dalam masa yang sama, Along menaruh harapan agar kes yang sudah berlanjutan sejak lapan bulan lalu akhirnya dapat diputuskan segera. “Saya harap hari ini Hakim dapat buat keputusan. Perkara ini berbalik kepada hukum syarak, saya harap semuanya dapat diputuskan hari ini sebab saya sudah lama tunggu,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Along Cham Dakwa Difitnah Isteri

Terdahulu, Along memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap Afreena pada 28 Januari lalu, sebelum pengesahan dilakukan pada 10 Mac 2025. Antara dakwaan yang dikemukakan termasuk isterinya melanggar tiga perjanjian taklik yang dipersetujui, antaranya perbuatan curang serta membelakangi dirinya dalam urusan rumah tangga. Afreena, 29, bagaimanapun mendakwa rumah tangga mereka bermasalah sejak dua bulan selepas berkahwin, selain mendedahkan berlaku lafaz cerai di rumahnya pada Julai tahun lalu.

Along Cham Dakwa Difitnah Isteri

Difahamkan, pada prosiding kali ini, giliran Afreena tampil menjawab dakwaan suaminya sebelum Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi membuat sebarang keputusan. Untuk rekod, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu, menjadikan ini perkahwinan kedua bagi Along selepas berpisah dengan penyanyi Zila Saeron pada September 2016. Hasil perkahwinan terdahulu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel yang kini berada di bawah jagaannya.

Along Cham Dakwa Difitnah Isteri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker