Wanita dilanggar pemandu disyaki mabuk ketika berjogging, meninggal dunia selepas 7 hari kritikal di ICU
Wanita dilanggar pemandu disyaki mabuk ketika berjogging, meninggal dunia selepas 7 hari kritikal di ICU

TAWAU: Seorang wanita yang sebelum ini parah akibat dirempuh pikap dipandu lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol, meninggal dunia pagi tadi selepas tujuh hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau.
Difahamkan mangsa Darna Tajudin, 41, disahkan meninggal dunia pada jam 8.37 pagi tadi, selepas mengalami ‘brain death’ sekali gus menamatkan penantian penuh doa ahli keluarga dan rakan-rakannya susulan insiden pada 10 Ogos lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.55 malam di Batu 9, Jalan Apas, mangsa bersama beberapa rakan sedang melakukan aktiviti riadah berjoging dari Bandar Sri Indah, di sini, menuju T2 Jalan Apas sebelum dirempuh.
Sementara itu, adik mangsa, Yusmi Tajudin, 39, ketika dihubungi memaklumkan kakaknya meninggalkan lima orang anak, masing-masing berumur antara 9 hingga 18 tahun.
“Bagaimanapun, kami belum dapat memaklumkan bila jenazah akan dikebumikan kerana masih menunggu prosedur seterusnya memandangkan kes ini dalam siasatan pihak polis,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, dalam kenyataan media pada 10 Ogos dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila pemandu pikap Toyota Hilux berusia 57 tahun melanggar belakang sebuah MPV Perodua Alza dipandu lelaki 39 tahun lalu hilang kawalan.
Menurutnya, akibat pelanggaran itu kenderaan pacuan empat roda terbabit terbabas ke bahu kiri jalan lalu merempuh mangsa yang sedang berjogging menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.
“Berikutan perkembangan terbaru kes ini, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Arwah Darna Tajudin, 41, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau, pagi tadi selepas tujuh hari bertarung nyawa susulan insiden dirempuh pemandu disyaki mabuk ketika berjogging, pada 10 Ogos lalu. Nstp / Ihsan keluarga mangsa.
Wanita dilanggar pemandu disyaki mabuk ketika berjogging, meninggal dunia selepas 7 hari kritikal di ICU
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.