Pemandu lori ‘lari’ dari sekatan polis, langgar lampu merah ditahan

Pemandu lori ‘lari’ dari sekatan polis, langgar lampu merah ditahan

NIBONG TEBAL: Seorang pemandu lori ditahan polis kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan memandu secara melulu dalam Op Bersepadu dan Op Samseng Jalanan yang diadakan sekitar kawasan Plaza Tol Jawi, semalam.

Dalam operasi jam 11.30 malam itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan mengesan dua lori ‘tipper’ yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou, berkata anggota kemudian mengarahkan kedua-dua kenderaan itu berhenti namun salah sebuah lori yang dipandu seorang lelaki tempatan tidak mengendahkan arahan berkenaan.

“Pemandu didapati terus memecut laju kenderaan dipandunya ke arah jalan besar sebelum didapati melanggar lampu isyarat merah dan hampir merempuh anggota polis bertugas.

“Suspek yang memandu secara berbahaya akhirnya berjaya ditahan dengan bantuan unit kereta peronda (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB) di Jalan Sungai Daun, Kampung Ladang Kalidonia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu dan lesen kenderaan barangan (GDL). Semakan lanjut juga mendapati cukai jalan lori berkenaan telah tamat tempoh namun insurans masih sah,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, polis turut merampas lori berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Suspek juga telah ditahan dan ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadapnya mendapati negatif dadah.

“Orang awam diingatkan bahawa tindakan memandu secara berbahaya boleh mengundang kepada kemalangan maut dan akan dikenakan tindakan undsng-undang yang tegas.

“IPD Seberang Perai Selatan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan trafik khususnya Op Samseng Jalanan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 279 kanun sama serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Pemandu lori ‘lari’ dari sekatan polis, langgar lampu merah ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker