Lelaki bakar lori MBJB tak puas hati kereta ditunda
Lelaki bakar lori MBJB tak puas hati kereta ditunda

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan polis selepas bertindak membakar sebuah lori tunda milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di dalam depoh simpanan kenderaan di Johor Bahru Waterfront, di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kejadian itu berlaku pada jam 11.07 pagi kelmarin.
Beliau berkata, ia selepas suspek berusia 31 tahun itu dipercayai tidak berpuas hati kerana kenderaan jenis Perodua Axia miliknya ditunda MBJB, Khamis lalu.
“Suspek yang tidak mempunyai wang untuk membayar kompaun diminta membuat rayuan, namun berasakan proses berkenaan menyusahkan dirinya sebelum bertindak di luar batas undang-undang.
“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek menuang minyak petrol dan menyalakan api pada lori tunda MBJB sehingga mengakibatkan kebakaran dengan anggaran kerugian sekitar RM10,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Terdahulu, tular satu rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki melakukan khianat dengan menyimbah petrol dan membakar sebuah lori tunda milik MBJB.
Raub berkata, bertindak atas maklumat polis menahan suspek pada hari sama jam 1.06 tengah hari dan merampas beberapa barang kes termasuk tong aluminium serta pemetik api.
“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, namun hasil ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.
“Suspek kini direman selama lima hari bermula Jumaat lalu hingga Selasa bagi siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya.
Raub turut menegaskan tindakan mengambil undang-undang di tangan sendiri adalah perbuatan serius yang boleh mengancam nyawa, harta benda serta ketenteraman awam.
Seorang lelaki ditahan polis selepas bertindak membakar sebuah lori tunda milik Majlis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.