Belah perut ikan jumpa tangan
Belah perut ikan jumpa tangan

Objek aneh berupa tangan manusia yang ditemukan di dalam perut ikan. – Instagram
JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia terkejut apabila menemukan objek aneh menyerupai tangan manusia di dalam perut ikan yang ditangkap oleh suaminya, lapor portal berita NTV News hari ini.
Penemuan berlaku selepas perut ikan tersebut dibelah.
Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @info.ngeri menunjukkan tangan bersaiz kecil dan kelihatan pucat.Tangan itu juga dilengkapi lima jari dan berbulu pada bahagian pergelangan.
Sebilangan pengguna media sosial mendakwa tangan tersebut bukan milik manusia tetapi monyet.
Rakaman itu mencatatkan lebih 13,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
“Itu tangan monyet sebab berbulu,” kata seorang netizen.
“Macam tangan bayi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Belah perut ikan jumpa tangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.