Banjir kilat di Pakistan, lebih 150 orang masih hilang

Banjir kilat di Pakistan, lebih 150 orang masih hilang

Banjir kilat di Pakistan, lebih 150 orang masih hilang
Seorang budak lelaki berjalan melepasi rumah yang rosak sehari selepas banjir kilat di daerah Buner, wilayah pergunungan Khyber Pakhtunkhwa semalam. – AFP

ISLAMABAD – Lebih 150 orang hilang di barat laut Pakistan, kata ketua pihak berkuasa bencana wilayah hari ini, selepas banjir kilat mengorbankan sekurang-kurangnya 344 orang di negara itu.

Beribu-ribu anggota penyelamat bergelut dengan hujan dan lumpur setinggi lutut serta menggali serpihan rumah dari bawah batu besar dalam usaha mencari mangsa yang terselamat.

“Di Buner, sekurang-kurangnya 150 orang masih hilang. Mereka mungkin terperangkap di bawah runtuhan rumah atau dihanyutkan oleh air banjir,” kata Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Asfandyar Khattak kepada AFP.

“Dalam perkembangan berasingan, di daerah Shangla, berpuluh-puluh orang turut dilaporkan hilang,” tambahnya.

Hujan yang berterusan menyebabkan operasi menyelamat amat sukar, tambah Asfandyar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Tiada elektrik atau isyarat mudah alih di Buner disebabkan talian elektrik dan menara mudah alih rosak dalam banjir kilat,” tambahnya.

Di daerah Buner yang paling teruk dilanda bencana itu, sekurang-kurangnya 208 orang terbunuh, manakala 10 hingga 12 kampung sebahagiannya tertimbus, kata jurucakap penyelamat wilayah kepada AFP.

“Operasi untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah serpihan sedang berjalan,” kata Bilal Ahmed Faizi dari agensi penyelamat wilayah tersebut.

Beliau berkata, kira-kira 2,000 anggota penyelamat sedang mencari mayat daripada serpihan dan menjalankan operasi bantuan di sembilan daerah, di mana hujan masih menghalang usaha berkenaan. – AFP

 

Banjir kilat di Pakistan, lebih 150 orang masih hilang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker