Messi kembali pulih, sedia jadi taruhan utama

Messi kembali pulih, sedia jadi taruhan utama

Messi kembali pulih, sedia jadi taruhan utama
LIONEL Messi. FOTO Agensi

Miami: Lionel Messi sedia kembali memperkuatkan Inter Miami apabila mereka menerima kunjungan Los Angeles Galaxy dalam aksi Major League Soccer (MLS) yang membuka siri perlawanan penting buat kelab Florida itu, kata jurulatih Javier Mascherano, semalam.

Selepas bertemu Galaxy pada Sabtu, Miami akan berdepan kelab Mexico, Tigres UANL, pada aksi suku akhir Piala Liga (Leagues Cup) Rabu ini.

“Leo berada dalam keadaan baik,” kata Mascherano kepada media sebelum sesi latihan.

“Dia sudah berlatih bersama pasukan sejak Rabu lalu. Kecuali berlaku sesuatu yang luar biasa pada sesi hari ini, kami yakin dia boleh diturunkan esok,” katanya.

Pemenang lapan kali Ballon d’Or itu mengalami kecederaan otot kecil dipercayai masalah hamstring pada minit ke-11 perlawanan Piala Liga menentang Necaxa, 2 Ogos lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Bintang Argentina berusia 38 tahun itu kembali ketika The Herons mahu bangkit selepas dimalukan 4-1 oleh Orlando City minggu lalu.

Inter kini berada di tangga keenam Persidangan Timur MLS dengan 42 mata, sembilan mata di belakang pendahulu, Philadelphia, namun memiliki tiga perlawanan dalam tangan.

Messi yang juga Pemain Paling Bernilai (MVP) MLS musim lalu, mengetuai senarai Kasut Emas dengan 18 gol dan sembilan bantuan jaringan dalam 18 perlawanan.

Miami dijangka menjadi pilihan di laman sendiri menentang Galaxy yang juga juara bertahan Piala MLS tetapi kini menghuni tangga tercorot dengan rekod terburuk liga.

Namun Galaxy tetap mara ke suku akhir Piala Liga dan Mascherano mengingatkan anak buahnya agar tidak memandang rendah lawan.

“Bagi saya, kedudukan mereka dalam carta MLS tidak menggambarkan kualiti sebenar, terutamanya dari segi pemain.

“Mungkin mereka memulakan musim dengan hambar akibat kecederaan dan beberapa situasi lain. Tetapi mereka banyak meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya.

 

Messi kembali pulih, sedia jadi taruhan utama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker