Gyokeres, Sesko taruhan berharga Arsenal dan Man United
Gyokeres, Sesko taruhan berharga Arsenal dan Man United

London: Dua bintang baharu babitkan penyerang Arsenal, Viktor Gyokeres dan ayam tambatan Manchester United, Benjamin Sesko dijangka bakal menjadi taruhan utama buat kedua-dua pasukan apabila turun membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di Old Trafford, malam esok.
Arsenal yang berbelanja hampir 200 juta pound (RM1.08 bilion) pada jendela perpindahan musim panas untuk membawa masuk enam pemain baharu termasuk Gyokeres, dijangka akan membawa impak khususnya pemain Sweden itu bagi mengukuhkan posisi serangan The Gunners.
Situasi sama turut berlaku di United, apabila ketumpulan jentera serangan pada musim lalu menyaksikan pasukan itu terpaksa merekrut Sesko dengan yuran perpindahan 76.5 juta euro (RM392 juta) serta bonus 8.5 juta euro (RM44 juta).
Buat pengendali Arsenal, Mikel Arteta, beliau yakin kehadiran Gyokeres bakal menyelesaikan masalah penyudah Arsenal sekali gus mahu memperbaiki pencapaian sebagai naib juara sepanjang tiga musim lalu.
“Saya hanya boleh bercakap tentang Viktor dan betapa gembira kami berjaya mendapatkannya. Dia akan memberi kesan yang besar kepada pasukan dan mula menyesuaikan diri dengan sangat baik. Kami gembira memilikinya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
“Ramai penyerang dari liga lain berjaya di sini. Tugas kami adalah mencipta konteks terbaik untuk Viktor melakukan apa yang dia lakukan dengan baik menjaringkan gol.
“Dia semakin baik setiap hari dan seorang pemain yang cergas. Dia sudah beraksi dalam dua perlawanan pramusim, jadi kita lihat apa yang dia persembahkan Ahad ini,” kata Arteta.
Sementara itu, pengurus United pula, Ruben Amorim akui Sesko sudah bersedia untuk aksi malam esok dan ketajamannya di depan gawang amat ditagih.
“Kami tidak mempunyai banyak masa tetapi dia sudah bersedia, secara fizikal dia memang bersedia, dan itu adalah komponen penting dalam liga kami.
“Dia juga bijak… dia sudah bersedia untuk bermain, tetapi kita akan lihat sama ada dia akan memulakan permainan atau tidak,” kata Amorim.
Gyokeres, Sesko taruhan berharga Arsenal dan Man United
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.