Guardiola beri Rodri masa
Guardiola beri Rodri masa

Manchester: Manchester City akan merancang kepulangan pemain tengah, Rodri yang baru pulih daripada kecederaan dengan berhati-hati.
Pengendali Man City, Pep Guardiola berkata dia akan memberikan minit permainan lebih kerap tetapi terhad. City akan menentang Wolverhampton Wanderers awal pagi esok.
Kepulangan pemenang Ballon d’Or itu, yang terlepas hampir keseluruhan musim 2024-2025 akibat kecederaan ACL, memberi semangat baharu kepada penyokong City yang mahu melupakan kekecewaan musim lalu.
City menamatkan saingan di tempat ketiga liga dan gagal memenangi sebarang trofi buat pertama kali sejak musim 2016-2017.
Guardiola mengesahkan Rodri akan menyertai skuad ke Wolverhampton, namun pertahanan Josko Gvardiol, pemain tengah Mateo Kovacic dan pemain sayap Savinho masih cedera, manakala penjaga gol Ederson juga diketepikan susulan khabar angin perpindahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
“Rodri kembali agak awal dan yang penting, lututnya dalam keadaan baik. Dia beraksi menentang Juventus (di Piala Dunia Kelab pada Jun) dan kemudian terpaksa berehat enam minggu kerana kecederaan. Kami cuba elakkan perkara itu berulang.
“Sekarang dia perlu mendapatkan minit di sesi latihan dan sedikit minit dalam perlawanan. Kami tidak mahu dia kembali, kemudian terpaksa berehat semula. Ia akan mengganggu rentak,” kata Guardiola.
City turut kehilangan Kevin De Bruyne dan Kyle Walker yang masing-masing menyertai Napoli dan Burnley selepas kontrak tamat, manakala Jack Grealish dipinjamkan ke Everton selepas tidak lagi menjadi pilihan utama Guardiola.
Ederson dan Savinho dilaporkan menarik minat kelab lain, namun Guardiola menegaskan penjaga gol Brazil itu, yang kontraknya tamat tahun depan, tidak pernah meminta untuk berpindah.
“Saya tidak tahu berapa ramai yang akan pergi, tetapi pasaran di Arab Saudi berjalan lebih lama. Semua pengurus mahu bekerja dengan jumlah pemain yang sesuai kerana mereka semua berhak bermain.
“Jika ada kelab yang mahukan pemain, mereka perlu hubungi kelab seperti yang kami lakukan. Saya hanya risaukan Savinho, harap dia kekal bersama kami bertahun-tahun lagi kerana pada usia 21 tahun, dia mempunyai potensi besar.
“Tetapi pada akhirnya, keinginan pemain akan mengatasi segalanya, dan selepas itu barulah kelab mencapai persetujuan,” katanya.
Guardiola beri Rodri masa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.