Arteta cabar Arsenal terus ‘gali emas’

Arteta cabar Arsenal terus ‘gali emas’

Arteta cabar Arsenal terus 'gali emas'
PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta. FOTO Agensi

London: Mikel Arteta mencabar Arsenal supaya terus “menggali emas” menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United, esok.

Arsenal menamatkan tiga musim terakhir di tangga kedua liga, sekali gus mengundang kritikan kerana gagal menamatkan kemarau kejuaraan sejak kali terakhir menjulang trofi pada 2004.

The Gunners sebelum ini mensia-siakan kelebihan besar apabila dipintas Manchester City pada 2023 dan 2024, sebelum Liverpool meninggalkan skuad utara London yang dibelenggu kecederaan jauh ketinggalan musim lalu.

Tekanan semakin memuncak dengan penyokong mula mempersoalkan kemampuan Arteta untuk menamatkan kemarau trofi liga, apatah lagi satu-satunya kejuaraan sejak beliau mengambil alih pada Disember 2019 hanyalah Piala FA 2020.

Namun, prestasi musim lalu menunjukkan potensi Arsenal apabila mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara sebelum tewas tipis kepada juara, Paris Saint-Germain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Dengan suntikan empat pemain baharu bernilai lebih 180 juta pound (RM1.16 bilion), termasuk penyerang Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres; pemain tengah Real Sociedad, Martin Zubimendi; pemain sayap Chelsea, Noni Madueke; dan pemain tengah Brentford, Christian Norgaard — Arteta yakin pasukannya mampu merebut trofi musim ini.

“Kita terus menggali, menggali dan suatu hari emas itu akan kita temui,” kata Arteta.

“Tiga musim terakhir kami mengutip lebih banyak mata daripada hampir semua pasukan lain, yang mana itu sesuatu yang luar biasa.

“Kami sudah ada konsistensi, tetapi kini kami perlu lakukannya sepanjang musim untuk berakhir dengan mata paling tinggi berbanding semua pasukan. Itu matlamatnya,” katanya.

Musim lalu, kecederaan yang melanda Bukayo Saka, Martin Odegaard, Gabriel Jesus dan Kai Havertz nyata memberi kesan kepada momentum Arsenal.

Ia menyaksikan The Gunners mencatat 14 keputusan seri berbanding sembilan milik Liverpool — faktor yang memisahkan jarak 10 mata dengan juara liga.

Arteta cabar Arsenal terus ‘gali emas’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker