Amorim buru tiga mata ke atas Arsenal

Amorim buru tiga mata ke atas Arsenal

Amorim buru tiga mata ke atas Arsenal
RUBEN Amorim. FOTO Reuters

Manchester: Pengurus Red Devils, Ruben Amorim mahu tiga mata maksimum menjadi milik Manchester United apabila turun melayan kunjungan Arsenal dalam aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, malam esok.

Katanya, kemenangan itu bukan saja membuka langkah kanan buat kelab, malah akan menambah dan melonjakkan motivasi skuad kendaliannya bagi mengharungi musim 2025/2026 ini.

Ujarnya lagi, United yang mencatat keputusan terburuk dalam liga utama England sejak musim 1973-1974 akan memulakan kempen 2025-2026 dengan sasaran kembali ke pentas Eropah.

“Kita tidak boleh mengubah segalanya dalam masa empat minggu, tetapi kami sudah menjadi lebih baik. Dan kami berlatih lebih keras dan lebih bersedia untuk menghadapi tuntutan perlawanan.

“Kami mahu kembali ke Eropah. Kami perlu realistik dengan penyokong. Kami perlu berjuang bersungguh-sungguh kerana ada pasukan lain yang sudah lama bersama berbanding kami.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Fokus kami adalah perlawanan demi perlawanan. Kami mahu menang menentang Arsenal,” katanya.

United dijangka menurunkan penyerang baharu, Benjamin Sesko yang dibeli RB Leipzig hujung minggu lalu dengan yuran perpindahan 76.5 juta euro (RM392 juta) serta diberi bonus 8.5 juta euro (RM44 juta).

United kendalian Amorim membelanjakan sekitar 200 juta pound (RM1.13 bilion) pada jendela perpindahan musim panas ini selepas menamatkan musim lalu di tangga ke-15.

Pengendali itu turut mengesahkan pertahanan Lisandro Martinez dan Noussair Mazraoui tidak dapat diturunkan hujung minggu ini, namun penyerang Joshua Zirkzee dan penjaga gol Andre Onana sudah pulih dan boleh diturunkan menentang Arsenal.

Amorim buru tiga mata ke atas Arsenal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker