Al Nassr bayar RM153 juta, Coman sah tinggalkan Bayern
Al Nassr bayar RM153 juta, Coman sah tinggalkan Bayern

Munich: Pemain sayap Perancis, Kingsley Coman mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan di Bayern Munich selepas rasmi berhijrah ke kelab Arab Saudi, Al Nassr, semalam.
Bayern mengesahkan perpindahan Coman yang menamatkan karier hampir sedekad bersama kelab itu, dengan rekod 339 penampilan, 72 gol dan 71 bantuan jaringan.
Di Al Nassr, Coman bakal bergandingan dengan Cristiano Ronaldo, Sadio Mane dan Joao Felix di barisan serangan.
Media Jerman melaporkan Bayern menerima bayaran perpindahan sekitar €30 juta (RM153 juta), meskipun kontraknya hanya tamat pada 2027.
Pemain berusia 29 tahun itu memuat naik ucapan perpisahan di media sosial, beserta montaj video mengenang detik-detik manis bersama Bayern.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
“Kelab ini akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya dan saya mendoakan kejayaan berterusan buat Bayern pada musim-musim akan datang. Dari lubuk hati saya, terima kasih.
“Sukar untuk percaya hampir 10 tahun sudah berlalu sejak saya menjadikan Munich sebagai rumah kedua ketika berusia 19 tahun,” tulisnya.
Coman tiba di Munich dari Juventus pada 2015 secara pinjaman, sebelum secara tetap bersama kelab Jerman itu
Sepanjang bersama Bayern, dia memenangi sembilan kejuaraan Bundesliga dan tiga Piala Jerman.
Detik paling diingati ialah apabila Coman menjaringkan gol tunggal kemenangan Bayern ke atas bekas kelabnya, Paris Saint-Germain, pada final Liga Juara-Juara 2020 di Lisbon.
Pengarah sukan Bayern, Max Eberl, berkata,”King akan sentiasa menjadi sebahagian daripada FC Bayern, dan kami mendoakan kejayaan dalam cabaran baharunya”.
Lahir di Paris, Coman sudah beraksi 58 kali bersama skuad kebangsaan Perancis dengan lapan jaringan.
Sebelum pengumuman rasmi, pengarah sukan Bayern, Christoph Freund, mengesahkan kelab itu berada di “peringkat akhir perbincangan” dengan Al Nassr mengenai perpindahan berkenaan.
Al Nassr bayar RM153 juta, Coman sah tinggalkan Bayern
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
You must be logged in to post a comment.