Lelaki tertipu beli keahlian gimnasium untuk 300 tahun

Lelaki tertipu beli keahlian gimnasium untuk 300 tahun

Lelaki tertipu beli keahlian gimnasium untuk 300 tahun
SEORANG lelaki dikenali Jin ditipu lebih RM500,000. – Foto Znews

BEIJING – Seorang lelaki di timur China menyaman sebuah gimnasium selepas dia membayar lebih 870,000 yuan (RM510,000) untuk keahlian yang sah selama 300 tahun, lapor akhbar  South China Morning Post kelmarin.

Namun, pihak pengurusan gimnasium itu kemudian melarikan diri bersama wangnya.

Lelaki dikenali sebagai Jin itu turut mendapatkan bantuan sebuah stesen televisyen untuk mendedahkan perbuatan gimnasium itu, Ranyan Gym di Hangzhou, wilayah Zhejiang.

Jin menunjukkan kepada stesen tersebut 26 kontrak yang ditandatanganinya dengan gimnasium itu bagi pembelian keahlian dan sesi latihan jurulatih.

“Dari 10 Mei hingga 9 Julai lalu, saya membeli kira-kira 1,200 sesi latihan dan kad keahlian dengan tempoh sah terkumpul selama 300 tahun, dengan jumlah kos sebanyak 871,273 yuan (RM511,000),” kata Jin.

Namun, pada akhir bulan lalu, Jin mendapati pihak pengurusan gimnasium dan semua kakitangan jualannya telah hilang.

Gimnasium itu di daerah Binjiang Hangzhou, masih dibuka kepada pelanggan walaupun hanya penyambut tetamu dan kakitangan pentadbiran yang bekerja, lapor stesen televisyen Zhejiang.

Kisahnya itu mengejutkan dan pada masa yang sama menghiburkan berjuta-juta orang di media sosial tanah besar China.

“Dia beli kad gimnasium untuk cucu kepada cucu-cucunya, haha,” kata seorang netizen.

Seorang lagi menulis: “Apabila kekayaan seseorang tidak sepadan dengan tahap kecerdasannya, lebihan kekayaan itu akan kembali kepada masyarakat dalam bentuk lain.” – AGENSI

 

Lelaki tertipu beli keahlian gimnasium untuk 300 tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker