Harga Bitcoin lebih RM520,000
Harga Bitcoin lebih RM520,000

TOKYO – Harga Bitcoin mencecah paras tertinggi hari ini semasa dagangan awal pasaran Asia dengan melepasi AS$124,000 (RM520,000), didorong oleh dasar Amerika Syarikat (AS) yang menggalakkan dan peningkatan dalam pasaran ekuiti.
Mata wang kripto itu meningkat melebihi paras Julai lalu, melepasi AS$124,500 (RM523,000) sebelum menyusut.
Nilai Bitcoin baru-baru ini melonjak, didorong oleh perubahan peraturan AS di bawah Presiden Donald Trump yang merupakan penyokong kuat sektor mata wang kripto.
“Pasaran kripto sedang menikmati tempoh asas yang sangat menggalakkan,” kata penganalisis pasaran kanan di XS.com, Samer Hasn.
“Trump juga cenderung untuk mempercepatkan penyatuan mata wang kripto ke dalam sistem kewangan negara dan menarik balik sekatan tambahan ekoran penglibatan beliau dan keluarganya yang semakin meningkat dalam sektor itu,” tambah Hasn. – AFP
Harga Bitcoin lebih RM520,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
You must be logged in to post a comment.