Syasya Rizal Beri ‘Hint’ Hamil Anak Kedua? [VIDEO]
“In My Gemoy Era Again…”
Syasya Rizal Beri ‘Hint’ Hamil Anak Kedua? [VIDEO]
Perkongsian terkini penyanyi yang juga bekas ahli kumpulan DOLLA, iaitu Syasya Rizal mencetuskan spekulasi netizen yang berpendapat dia sedang hamil anak kedua selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.
Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dapat dilihat dia yang menggayakan dres longgar berwarna kuning cair itu kelihatan sedikit berisi ketika melakukan trend TikTok.
“In my gemoy era again. Takpe la janji Nobita masih sayang kan?.
Nanti kita mengkuruskan diri balik hahaha.”-kapsyen Syasya di TikTok
@syasya.rzl Takpe la janji Nobita still sayangkan ? Nanti kita mengkuruskan diri balik 💪🏻bahahaha
“Pregnant Ke?..”
Perkongsian video Syasya dibanjiri dengan komen peminat yang rata-ratanya berpendapat penyanyi ini sedang berbadan dua, malah ada yang sudah mula menitipkan ucapan tahniah di atas ‘kehamilan keduanya’ itu.
“Pregnant ke.”
“Congratulations Sya 🥰.”
“Dia pakai apa pun cantik weh, kalah aku yang bertahun-tahun pakai tudung.”
“Lawanya kak Syasya 😭😭😭.”
“Lagi kurus lagi melekat, memang kena lock dah lepas nie 😭.”
“Syasya pregnant ke?.”
Sehingga kini, Syasya dilihat masih belum memberikan respon terhadap spekulasi peminat pada hantarannya itu.
Syasya sebelum ini tampil memberi penjelas selepas netizen meluahkan rasa bimbang dan memberikan teguran terhadap Syasya yang didakwa menggoncang anak lelakinya yang dilahirkan pada Disember 2024 itu dengan kuat ketika melakukan trend TikTok bersama.
Tidak berdiam diri, Syasya menjelaskan bahawa video yang dirakam itu telah ditambah kelajuan (speed), selain menegaskan bahawa tidak mungkin baginya mahu menggoncang tubuh badan Yassir dengan kuat.
Sekadar info, Syasya Rizal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Nasrullah Mohd Sapie pada 21 April 2024.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 Disember 2024.
Syasya Rizal Beri ‘Hint’ Hamil Anak Kedua? [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.