Pemandu wanita langgar tiga penunggang motosikal, serang dengan pisau ditahan
Pemandu wanita langgar tiga penunggang motosikal, serang dengan pisau ditahan

KAJANG: Polis menahan wanita warga asing yang disyaki memandu secara berbahaya sehingga melanggar tiga penunggang motosikal sebelum menyerang orang awam dengan pisau, berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada 11.58 pagi itu, enam individu cedera diserang wanita berusia 24 tahun berkenaan secara tiba-tiba.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan tindakan agresif suspek di kawasan lampu isyarat persimpangan jalan berhampiran pusat beli-belah.
Menurutnya, selepas melanggar penunggang motosikal, suspek keluar daripada kenderaan dan menyerang orang awam yang berada berhampiran dengan bersenjatakan pisau di tangannya.
“Hasil bantuan daripada orang awam, wanita bukan warganegara itu berjaya ditahan bersama dua bilah pisau sebelum dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
“Terdapat enam mangsa warga tempatan berusia antara 21 hingga 60 tahun mengalami kecederaan akibat serangan itu yang mana dua mangsa ditahan wad bagi pemeriksaan lanjut, manakala empat lain dirawat sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Beliau berkata, tiga motosikal yang terbabit dalam kejadian mengalami kerosakan akibat dilanggar.
Katanya, susulan penahanan itu, permohonan reman terhadapnya akan dilakukan esok untuk siasatan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817 bagi membantu siasatan,” katanya.
Terdahulu, rakaman video memaparkan seorang wanita keluar dari kenderaannya dengan memegang pisau selepas terbabit kemalangan, tular di media sosial.
Turut kelihatan beberapa individu termasuk ada penunggang motosikal cedera dan cubaan orang ramai menahan wanita terbabit.
Pemandu wanita langgar tiga penunggang motosikal, serang dengan pisau ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.