Pegawai polis cedera dirempuh peserta perhimpunan di Jalan Parlimen

Pegawai polis cedera dirempuh peserta perhimpunan di Jalan Parlimen

Pegawai polis cedera dirempuh peserta perhimpunan di Jalan Parlimen
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus. – Foto fail NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Pegawai polis cedera dirempuh peserta perhimpunan yang membuat kekecohan ketika penyerahan memorandum di Jalan Parlimen, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, satu video tular dikesan di aplikasi Tiktok, hari ini memaparkan peserta perhimpunan membuat provokasi dan merempuh pihak polis yang sedang bertugas mengawal keselamatan.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat berhubung kekecohan yang berlaku semasa penyerahan memorandum berkenaan.

“Akibat daripada rempuhan yang berlaku, seorang pegawai polis mengalami kecederaan dan sudah mendapatkan rawatan.

“Satu kertas siasatan juga sudah dibuka mengikut Seksyen 353/ 427 Kanun Keseksaan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Peruntukan itu adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan seharusnya digunakan secara baik dan berhemah.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan yang mencetuskan kekacauan atau provokasi melampau. Polis sentiasa komited memastikan keselamatan di sekitar Kuala Lumpur sentiasa terkawal,” katanya.

Pegawai polis cedera dirempuh peserta perhimpunan di Jalan Parlimen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker