Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju [VIDEO]
Kekasih Ameera Khan Dikecam,
Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju [VIDEO]
Selepas kalah dalam perlawanan tinju Superstar Knockout Vol.3, nama kekasih Ameera Khan iaitu Jefri Nichol sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini bukan kerana keputusan perlawanan tinju baru-baru ini, tetapi pengakuan Jefri mengenai persiapannya dalam menghadapi El Rumi.
Pengakuan Jefri Nichol ini bukan sahaja mengejutkan orang ramai, tetapi turut mendapat kecaman hebat apabila aktor Indonesia yang penuh sensasi ini tanpa segan silu mengakui pernah menjamah daging khinzir.
Menerusi temu bual podcast bersama penyampai Indonesia popular, Vincent Rompies dan Desta, Jefri mendedahkan dia perlu menaikkan berat badan sebanyak 10 kilogram bagi menyamai postur dan berat El Rumi.
Untuk menaikkan berat badannya dengan cepat, Desta menganggap Jefri semestinya makan nasi dalam kuantiti yang banyak. Tetapi kekasih Ameera itu menafikan dan mendedahkan dia melakukan diet yang penuh dengan pengambilan daging termasuklah daging khinzir.
“Saya makan banyak daging dan ada juga daging babi.”
Selepas mendengar jawapan Jefri, Desta pula memikirkan bahawa itu tidak menjadi kesalahan besar dan tidak mengapa jika menjamah daging khinzir memandangkan aktor Indonesia itu bukan beragama Islam. Bagaimanapun, Jefri mengejutkannya dengan mengakui bahawa dia beragama Islam.
“Saya Muslim.”
Video Player
“Dia bukan hanya melawan manusia tetapi melawan larangan Allah, tidak hairanlah dia tersingkir dalam masa 38 saat”, komen @irmennn di X.
“Sekurang-kurangnya kebanyakan umat Islam walau sebesar mana dosa mereka, tetap enggan makan daging babi sehingga timbul ungkapan “hanya babi sahaja yang haram”. Ini benar-benar bermakna dia tidak mengambil berat tentang agama”, komen @biancalalaa di X.
“Menggadaikan akidah demi sebuah kemenangan”, komen @custservicearea di X.
Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.